Kuala Lumpur (ANTARA) - Menteri Luar Negeri Malaysia Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein akan menerima lawatan Penasihat Negara merangkap Menteri Luar Negeri Republik Rakyat China Wang Yi dalam rangka lawatan resminya ke Malaysia pada 12 hingga 13 Oktober 2020.

Pernyataan Wisma Putra, Minggu, menyebut bahwa semasa lawatan tersebut Dato' Seri Hishammuddin dan Wang Yi bakal memperbincangkan status vaksin Covid-19 yang dihasilkan oleh China dan kolaborasi pascawabah terutamanya dalam pemulihan kelestarian ekonomi negara serta berusaha mengukuhkan lagi hubungan bilateral di antara kedua negara.

Mereka juga akan turut menyentuh mengenai isu-isu semasa yang melibatkan kepentingan bersama di peringkat regional dan internasional.

Lawatan Wang Yi akan dilaksanakan dengan mematuhi langkah-langkah pencegahan dan kesehatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesehatan Malaysia.

Selengkapnya ANTARA